Saturday, April 26, 2008

Pengasas Produk Natasya

Datin Hajah Muniroh Kasim

"Berakit ke hulu berenang ke tepian, bersakit dahulu bersenang kemudian', begitulah alun pepatah yang menggambarkan kegigihan dan usaha Datin Hajah Muniroh Kasim demi untuk memastikan empayar perniagaannya berkembang pesat. Pengasas produk Natasya ini melangkah awal dalam perniagaannya dengan memasarkan produknya secara kecil-kecilan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah sebelum menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia. Ternyata usaha yang bertali arus membuahkan hasil yang membanggakan."
"Pada awalnya, produk NATASYA masih di peringkat percubaan, kami hanya memasarkan produk tersebut tanpa menggunakan label dan pembungkusan rasmi. Sasaran pemasaran kami ketika itu adalah di kawasan kampung, kilang, pasaraya, jabatan kerajaan, badan berkanun dan juga di semua tempat yang menyediakan kaunter promosi. Selain itu, kami turut cenderung menjalankan promosi secara 'face to face' kerana ia ternyata lebih berkesan dan sekaligus mampu memberi penerangan terperinci tentang keberkesanan produk ini secara terus kepada pengguna' kata usahanita ini. Setelah sambutan yang diterima amat menggalakkan, produk kecantikkan berasaskan herba ini mula melebarkan sayap menjelajah destinasi lain seperti Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan tempat-tempat lain.
Bermula 2004, Datin Hajah Muniroh mula mengedarkan produk kecantikan ini secara rasmi dengan mengekalkan dua produk utama iaitu sabun dan krim malam manakala label Natasya digunakan sempena kelahiran cucu keduanya, Natasya.
"Rata-rata pengguna produk kecantikan di Malaysia mengagungkan produk luar Negara dan mereka sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan produk tersebut. Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya untuk membuktikan bahawa produk kecantikan keluaran tempatan juga mampu setanding dengan produk luar," jelas Datin Muniroh.
"Selain itu, kebanyakkan produk kecantikan lain yang ada di pasaran memerlukan kos yang tinggi untuk di miliki, tetapi produk Natasya pula direka untuk di sasarkan kepada semua golongan termasuk pertengahan dan bawahan.Hanya memerlukan RM35.90, pengguna dapat memiliki satu set produk yang mampu menyelesaikan masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan bintik hitam."
Dengan menggunakan produk Natasya, pengguna hanya memerlukan dua produk sahaja sedangkan produk lain memerlukan banyak produk sampingan lain seperti penyegar, pencuci dan sebagainya. Selain itu, produk Natasya bukan sahaja boleh digunakan oleh golongan wanita bahkan turut sesuai digunakan untuk kaum lelaki.
"Dari aspek peyelidikan, produk Natasya dihasilkan seratus peratus berasaskan herba dan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya. Bahan-bahan herba tempatan diberi keutamaan dalam penghasilan produk Natasya kerana saya yakin ia memberi kesan yang mujarab terhadap masalah kulit muka tanpa berlaku sebarang pengelupasan.Natasya juga tidak mengandungi agen pemutih tetapi ia mampu mencerahkan kulit anda seperti sediakala dengan hanya menggunakan bahan herba semulajadi sepenuhnya."

Profil Korporat

Latar Belakang


Syarikat Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2004 untuk mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan & penjagaan kesihatan wanita berjenama Natasya. Dengan bermula secara kecil-kecilan pada awal tahun 2000, perniagaan hasil usaha suami-isteri ini berkembang maju sehingga ke hari ini.
Produk Natasya diasaskan oleh Datin Hajah Muniroh Kasim dengan dua produk pada permulaannya iaitu sabun kolagen dan krim malam yang berasaskan 100% herba. Hasil kajian Datin Hajah Muniroh yang dibantu suami dan kerjasama dengan para saintis, kini terdapat lebih daripada 19 produk jenama Natasya yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Ibu pejabat syarikat terletak di Damansara, Selangor yang menempatkan pejabat urusan, jabatan akaun, pemasaran, IT dan latihan. Perancangan yang teliti dan usaha yang gigih membuahkan hasil dan kini Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd telah memiliki kilang sendiri di Parit Buntar, Perak yang berstatus lima bintang.
Dari segi pengedaran produk, terdapat pengedar dan stokis di setiap bandar utama di seluruh negara dan pihak syarikat juga membuka Natasya Shoppe untuk memudahkan pelanggan berurusan dan mendapatkan produk Natasya.

Natasya Gold








REPAIRING & WHITENING SOAP (KOLAGEN)

Repairing & Whitening Soap menggunakan kaedah Teknologi Nano
dapat membersihkan tanpa mengeringkan kulit kerana ia dihasilkan
daripada gabungan losyen pembersih yang dapat menghilangkan
debu, minyak berlebihan serta kotoran lain dengan cukup berkesan.
Penggunaannya yang berterusan tidak akan memberi kesan kepada
pertahanan asid semulajadi kulit kerana ianya di aplikasikan untuk menjaga
kelembapan semulajadi bagi memastikan kulit sentiasa lembut dan muda.


KRIM PELEMBAP

Krim Pelembap Natasya Gold menggunakan kaedah Teknologi Nano
telah diaplikasikan daripada bahan-bahan organik untuk membantu
menguatkan daya ketahanan kulit daripada tindakbalas alam sekitar
terutamanya untuk mengelakkan daripada berlakunya kekeringan kulit.
Krim Pelembap ini juga akan melicinkan kulit yang kering dan berkedut
dengan berkesan dan ianya meresap pantas ke dalam kulit untuk memberikan
kelembapan serta merta. Hasilnya kulit anda akan kelihatan cerah dan lembut
sepanjang hari.


KRIM HERBA (MALAM)

Krim Herba Natasya Gold telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah
Teknologi Nano daripada kombinasi ramuan dan herba terpilih yang
bertindak untuk membantu mengatasi masalah kulit muka seperti jeragat,
jerawat, bintik-bintik hitam serta parut pada kulit muka tanpa sebarang
pengelupasan. Perubahannya akan dapat dilihat dalam masa 1 - 2 minggu


TONER

Toner Natasya Gold menggunakan kaedah Teknologi Nano
dapat membantu mengekalkan kesegaran kulit serta mengembalikan
tahap pH kulit yang ideal. Penggunaannya yang berterusan amat
penting kerana ianya dapat menyejuk dan menghaluskan kulit disamping
mengurangkan efek berlubang dan hasilnya akan kekal cantik berseri.

Natasya Herba



SET 2 DALAM 1

MAL06070899K (Sabun Herba) MAL06081032K (Krim Herba)
Set percubaan yang ringkas mengandungi Sabun Herba dan Krim Herba
yang dihasilkan untuk membantu menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik
hitam serta masalah-masalah kulit lain disamping mencerah dan menghaluskan
kulit wajah tanpa pengelupasan. Produk ini boleh dibeli secara berasingan.
Set ini sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita serta tidak mengira peringkat umur.

SABUN HERBA

Gabungan formulasi tekini berasaskan herba-herba semulajadi terpilih dan
diperkayakan lagi dengan ekstrak kacang soya dan Aloe Vera dalam bentuk sabun
berfungsi sebagai pembersih yang mampu menanggalkan kekotoran juga sel-sel kulit mati
tanpa merangsang epidermis serta mengawal keseimbangan lembapan semulajadi kulit
disamping menghalus dan menyegarkan kulit muka. Ianya juga mampu memelihara
keanjalan serta mencerahkan kulit. Sabun ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.



KRIM HERBA (MALAM)

Krim Herba dihasilkan dengan kaedah Teknologi Nano menggunakan
kombinasi ramuan terpilih dan herba untuk membantu mengatasi masalah
kulit seperti jeragat, jerawat dan cela
tanpa pengelupasan dalam masa
yang singkat.


TONER

Toner Natasya dihasilkan daripada ekstrak timun untuk menyegarkan serta
menutup pori-pori kulit yang terbuka. Ia juga membantu mengekalkan
kelembapan kulit supaya seimbang agar tidak terlalu berminyak selain
daripada dapat merehatkan kulit wajah. Toner ini boleh dipakai 2 kali sehari.


KRIM PELINDUNG UV SPF 25

Krim Pelindung UV SPF 25 + Alas Bedak berasaskan herba-herba
semulajadi dan juga ekstrak bunga terpilih dengan SPF 25 serta
mengandungi UVA/UVB untuk melindungi kulit daripada kesan sinaran
ultra UV yang merosakkan kulit serta menjadikan kulit muka kering dan berjeragat.
Ia juga mempunyai agen pencerah yang dapat mencerahkan kulit dalam masa
yang singkat, memudarkan kesan parut serta membantu menutup pori-pori kulit yang
terbuka dan mengembalikan keremajaan kulit agar kelihatan segar, halus dan nampak
berseri sepanjang masa. Krim ini tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit.


Galeri Gambar












Hubungi Kami

PERWANZA ENTERPRISE (M) SDN BHD
Blok H, Unit M 15 & 17,
Plaza Suria Jalan PJU 10/4B
PJU10, Damansara Damai
47837 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia

Tel: 6 03 6141 3093

Fax: 6 03 6141 4678

E-mail: Email Natasya