Saturday, April 26, 2008

Natasya Gold








REPAIRING & WHITENING SOAP (KOLAGEN)

Repairing & Whitening Soap menggunakan kaedah Teknologi Nano
dapat membersihkan tanpa mengeringkan kulit kerana ia dihasilkan
daripada gabungan losyen pembersih yang dapat menghilangkan
debu, minyak berlebihan serta kotoran lain dengan cukup berkesan.
Penggunaannya yang berterusan tidak akan memberi kesan kepada
pertahanan asid semulajadi kulit kerana ianya di aplikasikan untuk menjaga
kelembapan semulajadi bagi memastikan kulit sentiasa lembut dan muda.


KRIM PELEMBAP

Krim Pelembap Natasya Gold menggunakan kaedah Teknologi Nano
telah diaplikasikan daripada bahan-bahan organik untuk membantu
menguatkan daya ketahanan kulit daripada tindakbalas alam sekitar
terutamanya untuk mengelakkan daripada berlakunya kekeringan kulit.
Krim Pelembap ini juga akan melicinkan kulit yang kering dan berkedut
dengan berkesan dan ianya meresap pantas ke dalam kulit untuk memberikan
kelembapan serta merta. Hasilnya kulit anda akan kelihatan cerah dan lembut
sepanjang hari.


KRIM HERBA (MALAM)

Krim Herba Natasya Gold telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah
Teknologi Nano daripada kombinasi ramuan dan herba terpilih yang
bertindak untuk membantu mengatasi masalah kulit muka seperti jeragat,
jerawat, bintik-bintik hitam serta parut pada kulit muka tanpa sebarang
pengelupasan. Perubahannya akan dapat dilihat dalam masa 1 - 2 minggu


TONER

Toner Natasya Gold menggunakan kaedah Teknologi Nano
dapat membantu mengekalkan kesegaran kulit serta mengembalikan
tahap pH kulit yang ideal. Penggunaannya yang berterusan amat
penting kerana ianya dapat menyejuk dan menghaluskan kulit disamping
mengurangkan efek berlubang dan hasilnya akan kekal cantik berseri.

No comments: